Anda Pengunjung Ke

Inilah saya

Foto saya
PPG PJJ UPSI Mac 2011 KRT3013- Teknologi Maklumat Sekolah Rendah D20102040739 Group EL-B03

Isnin, 26 Disember 2011

Disember - Terengganu

Bercuti bersama Keluarga











Terengganu merupakan antara destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi terutama di bandarnya, Kuala Terengganu (KT). Di sekitar bandar KT, anda boleh berkunjung ke Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai barangan yang serba lengkap - daripada sayur, ikan, cenderamata, pakaian, songket, tembaga dan sebagainya.


Sepanjang pengalaman saya mengunjungi bandar-bandar utama di negara kita, Pasar Kedai Payang merupakan pilihan yang terbaik untuk membeli barangan merupakan cenderamata ataupun barangan kraftangan. Semua barang cenderamata ada dijual di sini. Anda mungkin rambang mata untuk membeli pelbagai pilihan barangan seperti songket, batik, kain sutera, tembaga, keropok, hiasan, - dan semuanya dengan harga yang berpatutan. Namun, apabila membeli di sini, anda hendaklah pandai tawar-menawar. Contohnya sehelai songket berharga RM950 (jangan terkejut dengan harga yang diletakkan) mungkin dapat ditawar sehingga RM700, bergantung kepada kepandaian anda dan sememangnya songket di sini merupakan yang terbaik.


Selain Pasar Payang, di sekitar pasar ada tempat untuk anda berehat di Dataran Syahbandar. Dataran yang baru siap dibina ini merupakan antara tumpuan orang ramai untuk bersantai. Di sekitar dataran ini, anda boleh berkunjung untuk melihat keindahan senibina Masjid Zainal Abidin atau dikenali sebagai Masjid Putih di kalangan penduduk tempatan.


Pantai Batu Buruk merupakan lokasi pantai utama yang menjadi tumpuan orang ramai. Terletak lebih kurang 3 km dari pusat bandar, Batu Buruk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung di samping pelbagai pilihan makanan. Masjid Terapung atau Masjid Tengku Intan Zaharah juga tidak harus dilupakan apabila anda berkunjung ke Kuala Terengganu. Kerepok lekor merupakan makanan wajib anda perlu makan apabila datang ke sini. Keropok lekor yang terbaik boleh dibeli di Pasar Payang, Seberang Takir ataupun di Losong. Namun bagi penduduk tempatan, keropok lekor yang dijual di Losong bukan lagi menjadi pilihan utama disebabkan kegiatannya yang agak komersil sehingga menjejaskan rasa keropok lekor yang asli itu.


Berhampiran keropok Losong, anda boleh berkunjung ke Muzium Terengganu yang merupakan muzium terbesar di Malaysia. Terletak lebih kurang 4-5 km dari pusat bandar, banyak yang boleh anda nikmati di sini. Selain daripada koleksi barangan lama, muzium ini menjanjikan keindahan panorama kepada pengunjungnya.



Bagaimana untuk ke Kuala Terengganu
Jika anda berkereta dari KL, perjalanan mengambil masa 5-7 jam. Dari tol Gombak (RM5) dan Bentong (RM3) anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar di exit Kuantan (LPT setakat Kuantan sahaja) dengan tol RM19.60. Dari exit Kuantan, anda boleh menggunakan laluan alternatif ke Bukit Sagu/Felda Neram dan anda akan keluar di Bandar Cheneh. Ia dapat menjimatkan masa pemanduan anda. Ataupun boleh menggunakan laluan pantai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini