Anda Pengunjung Ke

Rabu, 30 November 2011

Disember - Cameron Highlands





BERKUNJUNG kali kedua selepas pertama kali melakukannya hampir sedekad lalu mengundang seribu satu persoalan. Bahkan diri sendiri tertanya-tanya benarkah dakwaan sesetengah pihak, pusat peranginan negara, Cameron Highlands tidak lagi sedingin dan seindah dahulu?


Pastinya, pendakian jalan bengkang-bengkok dari Simpang Pulai, Ipoh yang merupakan laluan baru selain laluan sedia ada melalui Tapah, begitu mengujakan. Toleh saja ke kiri mahupun ke kanan, kehijauan gunung-ganang nyata mengasyikkan pemandangan.
















Cameron Highlands yang terletak di Banjaran Titiwangsa begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing malah rata-rata yang pernah berkunjung pastinya merindui keindahannya.


Dikelilingi kawasan hutan simpan yang tebal, Cameron Highlands yang terletak kira-kira 1,829 meter dari permukaan laut merupakan antara destinasi pelancongan terbaik yang mampu dan mudah dikunjungi oleh semua.


Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan dataran tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan alamnya. Cameron Highlands terletak setinggi 1,829 meter dari permukaan laut dan bersuhu antara 10 hingga 20 darjah celsius. Keindahan Cameron Highlands akan memukau hati siapapun yang berkunjung ke sana.Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah stawberry. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung.Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, cubalah membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.Jika anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.






































Terkenal dengan industri penanaman sayurnya, tidak hairanlah hampir di sepanjang perjalanan bermula dari Kampung Raja, batas-batas sayur pelbagai jenis yang diatur cantik kelihatan di kiri dan kanan jalan.







LADANG Teh Boh yang terletak di Sungei Palas dan Bharat Tea Plantation kira-kira 10 kilometer dari Tanah Rata ini masih menghijau seperti dulu.






Cantiknya Bharat Tea Plantation




Jika berkesempatan, anda boleh singgah di beberapa ladang sayur yang dibuka khusus untuk pengunjung yang mahu membeli terus produk tanaman yang diusahakan dengan harga yang cukup berpatutan.








Selain itu, kunjungan anda semestinya tidak akan sempurna jika tidak menjengah ke ladang-ladang strawberi yang diusahakan menggunakan teknologi moden hidroponik yang tidak kurang banyak jumlahnya di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.










1 ulasan: